KORANG BEST=)

Saturday, May 07, 2011

::BUAT SEMUA IBU DI DUNIA...SELAMAT HARI IBU..:::

salam semua..
sempena hari ibu yang bakal tiba ni,
banyak wall rakanku dan termasuklah wall aku untuk tidak melepaskan
peluang untuk mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" buat ibu tercinta..
aku bersyukur kepada ALLAH kerana DIA telah mengurniakan aku
seorang ibu yang kuat,tabah dan dan tidak kurang hebatnya.....
ALHAMDULILLAH YA ALLAH..
buat ibuku yang tercinta PN MARINA BINTI ULUD
kasih sayang yang mak berikan x ternilai harganya..
YOU ARE MOST POWERFUL WOMEN MAK!!


sebelum tu mak..izinkan adik memohon maaf..
maafkan adik sebab slalu buat mak sakit hati..
adik mintak maaf sebab adik degil.
adik mintak maaf sebab adik slalu buat mak kecewa.
adik mintak maaf mak sebab adik slalu suh mak beli itu n ini..

mak..
perngorbananmu sungguh besar buat kami 3 beradik mak..
mak...
penah suatu ketika dahulu kami semua hampir kehilangan mak..
doktor kata keadaan mak cume 50-50..
tetapi dengan berkat doa seluruh ahli keluarga dan ditambah 
dengan semangat mak yang cukup kuat..mak melawan penyakit mak..
dan ALLAH masih memberi kami peluang untuk terus bersama mak..

mak..
adik juga manusia biasa,
yang tidak boleh lari buat kesilapan..
tetapi mak x pernah pun bnci adik dan mak sentiasa menerima adik
walau besar mana pun kesalahan yang adik lakukan..

mak..
adik tahu..mak marah bukan kerana mak benci.
tapi kerana mak sayangkan anak2 mak..
kata orang marah tanda sayang,benci tandanya rindu.

mak..
terima kasih kerana mak telah mengandungkan adik.
terima kasih kerana mak telah lahirkan adik.
terima kasih kerana mak jaga adik semasa adik sakit.
terima kasih kerana mak membesarkan adik.
terima kasih kerana mak bersabar dengan karenah adik.
terima kasih kerana mak penuhi segala permintaan adik..
terima kasih mak kerana mak telah mengajar adik erti kehidupan..

tidak lupa juga
terima kasih juga buat ibu jagaanku PN ROBIAH, PN ROHANI,
PN HALIJAH,PN SITI HATEMO..
kerana sudi menjaga syima semasa mak pergi krusus...
terima kasih ibu2ku ...

 buat insan yang juga aku sudah anggap seperti ibuku sendiri ..
namun ALLAH hanya meminjamkan beliau padaku seketika..
sempena hari ibu ini aku hadiahkan  AL-FATIHAH 
dan panjatkan doa semoga roh beliau sentiasa dilindungi rahmat 
oleh ALLAH s.w.t....
buat almarhumah bonda HAJAH ZAKKIAH ROHANI


walaupun perkenalan kita hanya diwaktu yang singkat tetapi harga sebuah perkenalan
itu tidak ternilai..
terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat..
kenangan bersama bonda tetap terpahat dilubuk hati ini..
AL-FATIHAH buat bonda...
semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh bonda..
ameen...


YA ALLAH KAU LINDUNGI DAN RAHMATILAH INSAN2 YANG BERGELAR IBU
INI YA ALLAH...
AMEEN..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...