KORANG BEST=)

Sunday, May 15, 2011

:: to all teacher in the world ::

hai semua,..
sok 16 mei 2011...
sempena tarikh keramat tu saya disini ingin mengucapkan 
jutaan terima kasih yaang tidak terhingga buat semua insan yang bergelar GURU
x kira la guru berdaftar ke guru x bedaftar ke...
bagi saya sesiapa pun dia tetapi dia telah mengajar saya walupun 1 huruf, 1 perkara,
x kisah la dia muda  ataw tua dari saya..
dia adalah guru saya..
kerana dia saya dapat belajar 1 lagi benda dan perkara baru..
 terima kasih cekgu..anda semua mmbuat saya mengenal apa itu
ABC 
dan daripada ABC tu,hari ini saya sudah tahu bagaimana nk bina ayat dari huruf 
tersebut..
terima kasih cekgu sbb kenalkan saya dengan rotan..
klu x de rotan mungkin saya masih lagi tido 
dan ketinggalan..

cekgu semua..
saya x pandai nk bersajak..tapi saya tau cmne nk copy paste
sajak hasil dari Tuan USMAN AWANG

buat semua guru,cekgu,teacher,miss,sir,madam dan sebagainya,..
terimalah sajak ni..walaupun bukan hasil nukilan saya tapi ia bermakna bg saya..

GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...