KORANG BEST=)

Friday, January 18, 2013

::Happy Belated Birthday ABAH::


alhamdulillah
ALLAH masih meminjamkan Abah kepada aku sehingga ke hari ini..
the brave and caring man in my life..
he is the best boyfriend in the world..
setiap apa yang di ucapkannya pasti ada hikmahnya..
i love abah so much..
di usia abah 63thun aku masih lagi dapat melihat senyuman abah..
aku harap pada usia aku 63thun pon aku masih dapat melihat senyuman abah lagi..
selamat hari lahir abah
seperti tahun2 sebelumnya..
semoga abah panjang umur dan murah rezeki.
semoga abah dikurniakan kesihatan tubuh badan.
semoga abah bahagia disisi mak n kami semua anak n cucu abah.
adik sayang abah sangat2..
(^_________^)

..................................

ASSALAMUALAIKUM..
wah...its almost a year aku x mengupdate benda alah ni..
penuh dengan sawang n habuk dah..nasib bek x kena block je.
oh..since aku dah menjadi seorang tenaga pengajar n pelajar ni mmng x 
langsung untuk renovation n update blog yang x bapa nak cumel ni..
sampai aku pon lupa yang aku ada blog since yesterday one of my classmate tanya pasal blog ni..
oh i really missed it already..kesian die..hehe..
aku rasa x terlamabat lagi untuk aku wish kat semua selamat tahun baru..heee..
permulaan tahun baru aku sgt x best.
January 2013 is a suck month of this year setakat ini..
personal problem.
kerja lagi.
study.
bla bla bla.
..........
i hate it so much!!
tapi aku letakkan semuanya jauh2..n mungkin semua yang buruk 
yang berlaku pada aku sepanjang bulan ni ada hikmah disebaliknya..
yeah..ALLAH knows the best for me..
dalam masa aku jatuh masih ada lagi insan yang sentiasa memberi semangat pada aku
untuk aku trus berdiri dengan semangat yang masih kuat.
mak,abah n adik beradik aku..
thanks a lot ya ALLAH kerana meminjamkan aku insan2 kuat ini yang sentiasa ada disisi.
walaupun jauh dimata tetapi mereka bila2 masa sanggup meminjamkan telinga untuk mendengar rungutan dan rengetan aku..
memang aku dah 24thun tahun ni tapi aku masih lagi kecil untuk hidup sendiri
tanpa mereka disisi..
ya ALLAH aku merayu padaMU janganlah kau menjemput mereka ketika aku masih 
mencari tapak untuk berdiri ini..
sesungguhnya mereka adalah segalanya untuk aku..

XOXOXO

Thursday, May 10, 2012

......

bila la aku boleh update blog lagik!!.

Friday, April 20, 2012

:: tahniah team !!! ::

assalamualaikum dan selamat tengahhari semua..
dah lunch blom?
hee..
ni ha..after 13day encik n team berusaha untuk mendaki Everesr Base Camp (EBC) 
finnaly they done in successfully..
tahniah encik dan team..
really2 proud of you and your team..
more step to success..
good luck..
dan hari ni encik dan team akan brangkat pulang ke MALAYSIA tanah tumpah darahku..
semoga ALLAH melindungi perjalanan mereka dan selamat sampai disini..

there is some picture i wanna to share :)


encik and team.


can you see the peak of world..??





tahniah..
aku harap aku jugak akan menjejakkan kaki aku kesana dengan izin ALLAH..
amin...






Wednesday, April 11, 2012

::

assalamualaikum...
since aku dah mula kerja aku rasa lama sgt dah aku x mengupdate blog aku ni..
dah makin tebal dah sawang n sarang lelabah kat sini..
hari ni aku x taw nak story ape. 
(selalunye mmng aku x taw pon nak story ape..tu pasal la aku x byk followers )
tapi yang aku taw hidup kat tempat orang ni mmng x sama dengan hidup kat tempat sendiri..
huhu..sunggu aku rindukan mak n abah..
anak2 sedara aku..kat sini aku x de sapa pun..
ada kwan2 je
diorng pon cm aku jgak.
huhu..merindui orang yang jauh.
dalam rindu-rindu ni sedar x sedar dah sebulan dah aku berkhidmat di tempat orang..
alhamdulillah.i can handle it very much..
heee...
oh ye..my encik Bf x de kat malaysia for 13 days..
so tu yg lebih menambahkan rindu aku.
aku harap die sentiasa baik2 je..
semoga ALLAH melindunginya dan merahmati perjalanannya..
amin...

Monday, April 09, 2012

Saturday, March 31, 2012

nikmat pemberian dari NYA.

alhamdulillah..setelah sekian lama aku tunggu akhirnya ALLAH kurniakan aku dengan pekerjaan.
dah 2 minggu aku bekerja..alhamdulillah..semuaya ok sahaja .
dapat dibendung dengan baik walaupun pada mulanya aku rasa sedikit kekok.
dalam pada masa yang sama berbagai dugaan yang aku hadapi..
berbagai emosi yang ada dalam jiwa ni.bercampur baur..
tu semua dugaan yang ALLAH kurniakan untuk menjadikan aku lebih kuat dan lebih mengingatinya..
dan semakin hari semakin ramai kawan-kawan aku yang telah ALLAH temukan jodoh mereka
dengan pasangan hidup mereka..
Alhamdulillah..aku tumpang gembira..
aku harap ALLAH juga akan temukan aku dengan insan yang boleh
menjadi imamku dan yang boleh membimbingku ke jalan ALLAH..
sesungguhnya jodoh itu rahsia ALLAH..
walaupun becinta bertahun lama jika ALLAH dah tentukan die bukan jodoh kita  kita kena aku
kerana ALLAH hanya meminjamkan dia untuk kita..dan pada bila-bila masa sahaja
ALLAH akan memberikan apa yang kita pinjamkan kepada orang lain.
dan aku harus bersabar kerana ganjaran orang yang bersabar sungguh besar nikmatnya.

Sunday, March 11, 2012

:: cool harzan ::





:: ALHAMDULILLAH ::

Alhamdulillah..syukur ya ALLAH..berkat kesabaran aku engkau kurniakan rezeki buat aku
dugaan yang kau kurniakan untukku supaya aku lebih kuat dan tabah untuk menghadadapi hari-hari
yang mendatang..
dugaan yang kau kurniakan buat aku lebih mengenal erti kemanisan dalam mengharungi kepahitan hidup.
dugaan yang kau kurniakan membuat aku tidak mudah leka dengan kesengan yang kau berikan.
dugaan yang kau kurniakan buat aku sentisa sedar bahawa dia ini hanyalah pinjaman.
dan aku harus mencari sebanyak amalan yang akan membantu aku 
di sana nanti
ya allah..

terima kasih kerana kau tahu apa yang aku perlu.
alhamdulillah..

Saturday, February 25, 2012

:: STUDENT LIFE ::

orang kata waktu bekerja seronok sebab kita dapat pegang duit kita sendiri..
tapi bagi aku waktu belajar tu lagi lah seronok..
sebabnye tyme tu la kite ley kenal kawan yang mana ok n yang mana x.
sepanjang pengalaman aku yang pernah menjadi pelajar.
macam-macam jenis kawan yang aku jumpa..
ada kawan yang boleh tumpang diwaktu susah.
ada kawan yang pentingkan diri sendiri.
ada kawan yang ada di waktu senang.
dan macam-macam lagi lah.
walaupun waktu belajar ni orang cakap penat sebab asyik mengadap buku je.
bagi aku tu tak menjadi masaalah.
sebab kite ley study ramai2 untuk hilangkan penat dan busan tu..
waktu belajar jugak lah kita dapat belajar macam ne nak manage masa kita sendiri
sebab kalu kite sendiri tak pandai nak manage..sapa yang nak tolong managekan?
aku x nak tolong managekan untuk korang sbb aku sendiri pon kadang-kadang x termanage..hee
dan yang aku rindu bile tyme esoknye kelas lecture yang agak strict..
semua duk ngadap nota..
bila tiba harinye semua menikus je bila lec nak tgok muka..dan bila dah dipanggil nama!
muka masing2 pucat lesi..
hehe..ambik nak sangat!! 
dan yang paling best waktu belajar ni adalah kite ley wat percutian budget dgn kawan2
ye lah..nak g bercuti sengsorng kompom le mhal.
so mana yang kawan ade kete tu ley la pkat dgn die dan kawan yang lain 
tontong wet minyak n jlan la keliling malaysia ni dengan mudah dan jimat.
ye lah.sekali sekala berjalan x pe..
kalu hari2 ngadap buku pun x bagus jugak..
kena pndai seimbangkan la...
dan bila dah hbis blaja ni aku rasa rindu sangat2
untuk bergelar pelajar balik.
walaupun aku dah ade keje sendiri tapi
aku rasa jadi seorang pelajar tu lebih menyeronokkn.
tapi walaupun kerja aku masih lagi belajar sebabnye kita ni dari lahir je hingga lah kita
ke liang lahat kita ttp belajar.


P/S: "pengalaman yang paling manis dan berharga adalah diwaktu zaman persekolah kerana dari situ permulaan kita untuk menempuh kehidupan "

Sunday, February 19, 2012

:: kak neena best ::

assalamualaikum dan selamat petang.
hari ni seharian mengadap lappy..
macam2 yang aku tgok dan yang paling best duk layan cite2 best dalam blog kak neena
aku suke blog kak neena sebb blog ni len dari yang len
dan paling aku suke kak neena ni photogenic..
lepas ni ley la photoshoot akak :)
dan yang best jugak blog akak ni byak makanan dan fesyen terkini :)
cun sangat!
dan dikesempatan ini nak ucp congratzz kak akak
sbb blog akak masuk TV td dalam rancangan 
APA KATA WANITA
sesiapa yang nak usha blog kak neena ni..sila click kat bawh ni :)

kalu kak neena baca blog ni jgn gelak y sbb sya x pndai sgt menaip mcm akak ..:)
semoga akak berbahagia disamping suami tercinta dan keluarga tersayang :)


Sunday, February 12, 2012

:: nikmatnye hidup atas kesabaran ::



perjalanan yang jauh itu bermula dari 1 langkah..
macam kehidupan kita juga..
untuk memulakan kehidupan yang lebih sempurna
kite harus melalui susah payah dan dugaan..
semoga kita dapat menikmati kemanisan hidup yang bakal kita miliki,
yang perit x semestinya akan perit selamanya..
dan yang senang tak juga senang selamanya.
ALLAH memberi dugaan buat hambanya supaya hambanya tidak leka..
dan setiap hamba yang dikurniakan ujian haruslah menerima segala ujian dengan
sabar dan redha..
orang yang bersabar akan mendapat ganjaran yang kita sendiri
tidak terduga.
dan setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..
kembali pada ALLAH dan redha dengan segalanya.

Monday, January 30, 2012

:: wonderpets saye ::

salam semua...haw are you today?? (hee..mcm hari2 aku tnya anak murid)
25 hb 2 bru ni en pakwe dn kawan2 g menawan (bukan mengawan okeh! )  gunung kinabalu di sabah.
so connection jauh ni pham2 la..dk ats gung plak tu..mana nak smpat text msg..
hope en pakwe dan kawan2 selamat dan sentiasa dilindungi ALLAH ..amin..
dan aku plak skunk amek part time tolong mak aku smntara nak tggu pggilan kerja..
kebosanan melanda dalam diri tapi x de la smpai tahap kritikal..
aku boleh handle la lgi..
haaa..yang aku nak cite ni bukan pasal bosan sgt..
sbbnya aku dah  bpe nak bosan ssgt dah lps ni sbb aku ada 
benda yang boleh buat aku x bosan..
haa..td ptg aku g town ( x bpe nak ton sgt la )
so niat nak beli benda lain tp benda lain yg dpt..


aku beli menatang ni...

dan aku isi nama die lola..die betina,aku beli die sekor2 je..
tapi next aku nak beli couple die plak sbb kesian die sekor2 tanpa teman.
nti jd muka forever alone plak..hee

 ini lola.. =)

ini plak ikan gapi..

aku just bagi nama ikan yang comel.
sebbnya aku x larat nak bg nama kt semua ikan2 ni..
x nampak ke bp byk yg ada dalam tuh?
opcos la aku x kan ingt semua nama ikan tuh..


ni lagi..=)
seronok je bila aku tgok mereka berenang2..tenang je..
sungguh cantik ciptaan ALLAH kan?
subhanallah..ALLAHUAKHBAR...
=)



Tuesday, January 17, 2012

:: selamat hari lahir abah ::

salam semua..hari ni 17 januari 2012..
masih lom lewat lagi untuk aku ucapkan selamat hari lahir buat abah tercinta..
alhamdulillah..tahun ni abah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62..
pada 11 januari 2012.
sama dengan dato siti Nurhaliza.
semoga ALLAH memberi rahmat keatas usia abah dan melimpahkan rezeki buat abah.
kami semua sayang abah !!

kek untuk abah









Friday, December 30, 2011

::2012 ::

salam semua..
diam tak diam dah pengakhir tahun 2011..
lagi sehari untuk ke tahun 2012..
macam-macam perkara yang berlaku pada aku tahun ni..
ada yang suka dan ada juga yang sedih..
namun aku harus hadapi semuanya dengan tabah..
tahun 2011 yang banyak mengajar aku tentang perjalanan hidup.
tentang persahabatan..
tentang keikhlasan..
tentang pengorbanan..
tentang perasaan dan hati budi orang lain..
tahun yang banyak membuatkan aku bersabar pada hubungan jarak jauh..
tahun yang penuh dengan konflik..
tahun yang banyak krusus aku hadiri..
aku harap tahun 2012 yang akan tiba ini memberi banyak rahmat buat aku dan keluarga aku..
semoga tahun depan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya..
selamat tinggal 2011 yang penuh dengan cerita kehidupan...
selamat datang 2012 yang bakal melakar cerita kehidupanku yang baru..


Monday, December 12, 2011

:: risau ::

rindu sangat kat en A..
semoga die cepat sembuh sperti sediakala..
miss his smile...

Friday, December 09, 2011

TARIKH LAHIR KERAMAT!!



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Sunday, December 04, 2011

:: tekezut ::

salam semua...siapa kat sini sukakan kejutan maksud aku suprise..haa.. sama la tuh kan?
aku seorang yg x sukakan kejutan sebabnye kejutan tu membuatkan aku x sempat nak wat
preparation, dari segi mental,fizikal dan emosi...
x kisah la die best ke x best ke sbbnya aku lebih suke klu bnda tu aku tahu dari nk bg kejut-kejutan nih..
tapi kali ni aku tetiba sukakan kejutan..
dalam kepenatan aku bri lepas bersukan (nanti aku citer sal sukan)
aku dapat call dar encik pakwe..
macam main-main je die cakap die nak datang kuantan.
x sangka aku encik pakwe sanggup datang melawat aku dari selatan
tanah air ke tempat aku belajar ni.(masih lagi x percaya sebab die suka main-main)
bukan sbb nak celebrate apa2 yang special,
tapi just nak tgok aku je..huhu so touching!!
sbb aku rasa aku mcm single je.rasa tu disebabkan oleh encik pakwe yang always 
busy dengan programnye..
die mmg seorang yang unpredictable..
so from now on aku kene blaja camne nak hadapi kejutan-kejutan..
   saya suke die sangat2..








p/s : cma jangan nak jiwang sangat malam-mlam nie..

Thursday, December 01, 2011

tetibe je

assalamualaikum semua..
agak bersawang blog aku ni..almaklumlah dah lama x update blog ni..
kesian die..
malam ni aku ditemani angin malam di lab bersama dengan 2 orang lagi rakan aku
yang sedang berfesbok..
penyakit kami datang malam2 ni..
"penyakit" x boleh tido..
jadi aku ambil kesempatan ni tok menaip sikit la..
ntah apa yang aku taip aku sendiri pun x pasti.
tapi yang aku pasti...
aku x boleh tido..
*** pak guard pon dah menjenguk lab ni dah..
sebelum aku menaip ni tadi aku de ronda2 kat ruangan privacy aku..
aku nampak disana tertera 1 komen dari seorang teman..
bunyinya seperti kecewa..
status dimuka bukunya juga turut menunjukkan kekecewaannya..
mmng pedih bila orang yang kita harapkan menjadi teman dalam hidup kita 
pergi bersama insan lain.
bila kita sudah menyayangi seseorang tu susah untuk kita melepaskannya.
tapi aku perlu lepaskannya kerana x semua yang kita impikan akan jadi milik  kita selamanya..
"jika kita menyayangi seseorang itu,lepaskan dia dan jika dia datang kembali kepada kita jangan 
sesekali sia-siakan harapannya "
aku pun pernah rasa kecewa,
rasa pedihnya hanya aku dan ALLAH yang tahu,
tapi aku insan biasa yang tak mampu melawan takdir yang telah tertulis,
jadi aku harus kuatkan semangat
kerana ALLAH itu maha adil,maha pengasih,maha penyayang.
setiap apa yg aturkanNYA ada hikmah yang kita x tahu.
ALLAH menemukan kita dengan insan yang salah sebelum dia menemukan kita dengan 
insan yang betul.
DIA pisahkan kita dengan orang yang "kita sayang" 
dan dalam kita x sedar DIA telah sediakan kita dengan orang yang 
"benar-benar menyayangi kita"
"jangan menangis kerana kehilangan orang yang kita sayang 
kerana kita x pernah rugi sebaliknya mereka yang rugi kerana
meniggalkan insan yang sangat menyayangi mereka "

jadi buat kawan aku ni..jangan la nak sedih sangat sbb bunga bukan sekuntum..dan kumbang kena la sentiasa macho..huhu
dengan aku2 jadi jiwang malam2 bute ni..


mood: terjiwang plak
credit to :mr sasa
jangan nak sedih2 sangat.






Sunday, September 11, 2011

:: pasrah ::

ya allah..
aku rasa bru semalam aku gelak ketawa bersama dia..
kenapa skrng aku makin hari makin rasa jauh dengan dia,,
adakah aku yg x memahi atawkah dia yg semakin menjauhkan diri?
ya ALLAH..salahkan aku seorng wanita untuk merasa cemburu?
cemburu seorng wanita x dapat dihapuskan...
ya ALLAH dugaan apa yang engkau berikan ini ya allah..
inikah yg dinamakan hubungan jarak jauh?
makin hari makin suram.
makin hari makin jauh,
jauh dimata dan jauh juga dihati..
ya ALLAH..jika benar dia jodohku..kau dekatkanlah hatiku dan hatinya.
dan jika sbaliknya..kau luputkanlah dia dari ingatanku agar aku tidak
selalu bersedih..
 segalanya aku serahkan hanya padamu YA ALLAH.
aku pasrah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...